******************************************************
Dengan pengesahan dari doktor HBP pada jam 2025 14 Disember 2008 adik kesayanganku telah meninggalkan dunia yang fana ini. Meninggalkan kami sekeluarga.Satu-satunya adik ku yang tiada galang gantinya. Disahkan oleh doktor menghidap kanser peparu dan hanya dapat dikesan seminggu sebelum Deepavali yang lalu..
Buat mereka yang mengenalinya, aku bagi pihak arwah memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan dan kesilapan darinya. Mohon dihalalkan segala makan minumnya, hutang piutang dan segalanya.
Jika ada urusan yang belum selesai dengan arwah sila berhubung dengan pihak keluarga.